Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita

Manage PermissionsManage Permissions
09 Ogos 2018 - Pelantikan Peguam Negara Baharu

BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 9 Ogos. - Pada menjunjung titah perintah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, dengan ini dimaklumkan bahawa Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah mengurniakan titah perintah untuk melantik :

Hakim Mahkamah Tinggi, Hakim Mahkamah Besar, Yang Arif Dato Paduka Awang Haji Hairol Arni bin Haji Abd. Majid menjadi Peguam Negara bagi menggantikan Yang Berhormat Datin Seri Paduka Hajah Hayati binti Pehin Orang Kaya Shahbandar Dato Seri Paduka Haji Mohd. Salleh.

Ketua Penasihat Undang-Undang, Dayang Zuraini binti Haji Sharbawi dilantik menjadi Peguamcara Negara bertarap Timbalan Setiausaha Tetap bagi menggantikan Awang Haji Mohd. Yusree bin Haji Junaidi.

Tarikh pelantikan Peguam Negara dan pegawai kanan berkenaan akan berkuat kuasa mulai hari Jumaat, 28 Zulkaedah 1439 bersamaan 10 Ogos 2018.



Attachments