Dengan merujuk kepada Notis Mahkamah Sivil bertarikh 29 Zulhijjah 1442 bersamaan 9 Ogos 2021, Mahkamah Sivil ingin memaklumkan kepada orang ramai bahawa dalam usaha membendung penularan jangkitan Coronavirus (COVID-19) dan demi menjaga keselamatan dan kesejahteraan pegawai/kakitangan Mahkamah khasnya dan orang awam amnya, Mahkamah Sivil telah mengemaskini pelan BCP Mahkamah Sivil dan mengambil langkah-langkah seperti berikut:
- Semua kes-kes jenayah dan sivil yang telah dijadualkan pendengarannya disemua Mahkamah-Mahkamah Sivil diseluruh negara termasuk kes-kes dibawah Akta Lalulintas Jalanraya, kes dibawah Tuntutan Tribunal Kecil, kes Kebankrapan dan Waris masih ditangguhkan sehingga satu tarikh yang akan dimaklumkan kemudian. Tarikh-tarikh penggantian kes akan dimaklumkan kepada pihak yang terbabit dalam masa yang terdekat.
- Kes-kes jenayah yang baru (fresh cases) dan kes-kes jenayah yang mendesak (urgent) masih lagi diperdengarkan seperti biasa dengan mengikut SOP BCP yang telah ditetapkan.
- Kes-kes injunksi (injunctions) masih lagi diperdengarkan dengan mengikut SOP BCP yang telah ditetapkan.
- Kes-kes yang mengunakan video-conferencing sepertimana yang telah dinyatakan sebelum ini masih lagi digunapakai.
- Semua kaunter-kaunter perkhidmatan dikesemua Mahkamah-Mahkamah Sivil diseluruh negara adalah adalah masih ditutup buat sementara waktu sehingga satu tarikh yang akan dimaklumkan kemudian (kecuali kaunter pembayaran bagi pembayaran denda dan sebagainya).
- Perkhidmatan kaunter Mahkamah Sivil hanya akan menerima permohonan-permohonan bagi perkara yang terdesak (urgent) sahaja dan akan dilaksanakan secara temu janji (appointment basis). Temu janji boleh dibuat dengan menghubungi talian telefon atau dengan menghantar email kepada talian telefon dan email yang disediakan dibawah. Sebarang permohonan yang memerlukan perjumpaan secara fisikal seperti penyaksian tandatangan atau sumpah, buat masa ini, hanya akan dilaksanakan atas talian secara video-conferencing atau video call mengunakan aplikasi WhatsApp, Zoom, MS Team dan sebagainya.
- Perkhidmatan Drop-Box juga telah disediakan untuk kemudahan orang ramai membuat penghantaran permohonan-permohonan dan pengambilan dokumen-dokumen yang telah diproses.
- Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, orang ramai adalah disarankan untuk menghubungi pihak-pihak Mahkamah seperti berikut:
Talian Telefon: 2243939 - 46
Unit Pendaftaran Mahkamah Tinggi:
Email- court.registry@judicial.gov.bn
Unit Pendaftaran Kebankrapan:
Email – kebankrapan@judicial.gov.bn
Unit Pendaftaran Waris:
Email kepada probate.registry@judicial.gov.bn
Unit Pendaftaran Pekahwinan Sivil:
Email kepada civil.marriage@judicial.gov.bn
Unit Penterjemahan:
Email kepada court.translator@judicial.gov.bn
MAHKAMAH RENDAH
Mahkamah Rendah Bandar Seri Begawan
Telefon: 2232979
Email:
Bahagian Pendaftar Mahkamah Rendah -bsbsubordinatecourt.registrar@judicial.gov.bn
Registri Kes Jenayah - bsbsubordinatecourt.criminal@judicial.gov.bn
Registri Kes Sivil - bsbsubordinatecourt.civil@judicial.gov.bn
Mahkamah Rendah Kuala Belait
Telefon: 3330385 atau 3331585
Email: kbcourt.civil@judicial.gov.bn
Mahkamah Rendah Tutong
Telefon: 4220503
Email: tutong.court@judicial.gov.bn
Mahkamah Rendah Temburong
Telefon: 5221019
Email: temburong.court@judicial.gov.bn
Sebarang kesulitan yang dihadapi adalah amat dikesali dan pihak Mahkamah Sivil memohon maaf atas perkara ini. Dengan ini, sukacita pihak Mahkamah Sivil ingin memaklumkan bahawa notis yang terdahulu bertarikh 29 Zulhijjah 1442 bersamaan 9 Ogos 2021 adalah dimansuhkan.
Sekian dan wassalam.
Tarikh : 18 Safar 1443/25 September 2021
Reference : SC/CRC/A14