Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita

MAJLIS PENGHARGAAN BAGI PEGAWAI YANG NAIK PANGKAT DAN PEGAWAI YANG AKAN BERSARA DAN DISELAJURKAN DENGAN SAMBUTAN HARI RAYA AIDIL ADHA TAHUN 1443H/2022M

Bismillaahir Rahmaanir Raheem

Alhamdulillah Rabbil 'Alameen, Wabihiee Nasta'eenu 'Alaa Umuuriddunya Wadden, Wassalaatu' Wassalaamu 'Ala Asyarafil Mursaleen, Sayyidina Muhammaddin, Wua'alaa Aalihee Wasahbihee Ajma'een, Waba'du.

Yang Mulia Pemangku Timbalan Pengarah, Pegawai-pegawai kanan, pegawai-pegawai serta kakitangan Jabatan Kehakiman Negara,

Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan salam Sejahtera

ALLAHUAKBAR, ALLAHUAKBAR, ALLAHUAKBAR, WALILLAHILHAM

  1. Pertama-tama, dalam suasana yang baik dan dibulan yang baik ini saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapakan Selamat Hari Raya Aidiladha atau Hari Raya Korban kepada Tuan-Tuan dan Puan-Puan dan semua warga Jabatan Kehakiman Negara khususnya kepada yang beragama Islam.
  2. Bersyukur kita kehadhrat Allah Subhanahu Wata'ala, kerana dengan izin dan kehendaknya jua maka kita dapat menyambut 'Idil Adha yang mulia pada tahun ini, dan dalam waktu yang sama kitani juga berpeluang untuk meraikan pegawai-pegawai dan kakitangan jabatan yang telah berbakti dan menyumbangkan jasa dan seterusnya dinaikan pangkat dan yang akan bersara dari perkhidmatan dengan kerajaan.
  3. Bercakap mengenai kejayaan dan sumbangan bakti ini, rasanya apa yang dizahirkan oleh jabatan pada hari ini tidaklah setimpal dengan pengorbanan dan jasabakti yang abiskita telah curahkan. Majlis pada hari ini hanyalah sekadar "token" penghargaan yang mana ianya tidak sebanding dengan apa yang abiskita telah curahkan.
  4. Hari ini kita meraikan dan memberikan penghargaan kepada dua orang pegawai dan kakitangan yang telah dinaikan pangkat dan seorang pegawai yang akan bersara dari perkhidmatan dengan kerajaan. Awang Muhammad Kamaluddin bin Haji Abu Bakar, sebelum ini bertugas sebagai Penolong Pentadbir di Ibu Pejabat Jabatan Kehakiman Negara telah dinaikan pangkat menjadi Pegawai Penyelidik dan pada masa ini ditempatkan di Mahkamah Besar, dan Dayang Hajah Siti Zubaidah binti Haji Mat Salleh sebelum ini bertugas sebagai Kerani Kewangan di Bahagian Kewangan JKN dinaikan pangkat menjadi Penolong Pegawai Kewangan Tingkat2 di Jabatan Mufti Kerajaan. Untuk makluman, pegawai-pegawai ini dianikan pangkat sudah beberapa bulan yang lalu tetapi disebabkan situasi pada ketika itu belum mengizinkan kitani untuk berhimpun beramai-ramai maka majlis penghargaannya belum dapat kitani adakan secara bersemuka. Dalam kesempatan ini saya mewakili pegawai dan kakitangan JKN mengucapkan tahniah diatas kejayaan abiskita dan semoga abiskita terus memberikan perkhidmatan yang cemerlang.
  5. Menakala Awang Haji Omar bin Haji Mohd Daud, Pengawas Bangunan akan menamatkan perkhidmatan beliau dengan kerajaan dalam sedikit masa lagi dan saya difahamkan beliau akan memulakan cuti sebelum bersara beliau pada hujung minggu ini. Dalam kesempatan ini saya mewakili pegawai dan kakitangan Jabatan Kehakiman Negara ingin mengucapkan berbanyak terima kasih diatas sumbangan bakti tuan haji kepada jabatan dan negara, berbanyak terima kasih juga diatas bimbingan serta tunjuk ajar kepada kami terutama yang baru berkhidmat dengan Jabatan ini. Kami semua ingin memohon maaf jika ada kesilapan dan kesalahan disepanjang kitani menjalankan tugas bersama. Didoakan semoga Tuan Haji dalam keadaan sihat didalam persaraan nanti dan semoga tuan akan terus maju jaya dalam apa jua lapangan yang diceburi nanti.
  6. Bercakap mengenai kecemerlangan pula, rasanya amat bersesuaian juga untuk kita mengucapkan tahniah diatas pengurniaan pingat-pingat kehormatan sempena Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam yang telah disampaikan baru-baru ini. Diharap Pegawai-pegawai yang telah dikurniakan pingat-pingat tersebut akan terus berbakti dan memberikan Perkhidmatan yang cemerlang.
  7. Beralih kita kepada sambutan Hari Raya Aidil Adha, pada hemat saya, majlis sambutan Hari Raya ini amatlah bermakna kepada kita semua terutama Umat Islam. Aidil Adha adalah lambang kepada pengorbanan. Pengorbanan yang dimaksudkan sangat luas pengertiannya. Sejarah telah membuktikan untuk mencapai kejayaan perlulah menempuh halangan dan kesukaran dan bahkaan memerlukan pengorbanan baik dari segi masa, kewangan dan sebagainya.
  8. Saya penuh berharap agar kitani semua selaku warga Jabatan Kehakiman Negara ini akan dapat sama-sama mengambil iktibar dari sejarah pengorbanan Nabi Ibrahim AS dan anak baginda Nabi Ismail AS agar ianya dapat diterapkan kedalam kehidupan kita, baik dalam pekerjaan kitani mahupun dalam keluarga, mesyarakat dan Negara kita.
  9. Mengakhiri ucapan ini, saya dengan hati yang tulus jernih sukacita mengucapkan Selamat Hari Raya 'Idil Adha mohon maaf zahir dan batin kepada semua lapisan warga Jabatan Kehakiman Negara dimana sahaja berada (termasuk yg di daerah-daerah), semoga kita semua sama-sama berada dalam sejahtera, sihat 'afiat dan selamat di bawah naungan dan pemeliharaan Allah Subhanahu Wata'ala

Sekian, Wabillahit Taufeq Walhidayah, Wassalamu 'Alaikum

Warahmatullahi Wabarakatuh. Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar, Walillahilham.

12 Zulhijjah 1443H / 12 Julai 2022

* * *




Attachments