Bandar Seri Begawan, Sabtu, 16 Ogos 2025 – Kementerian Pembangunan, yang diketuai oleh Timbalan Setiausaha Tetap (Korporat dan Undang-Undang), Yang Mulia Dayang Aldila binti Haji Mohamad Salleh, telah mengadakan sesi pemberigaan bersama Mahkamah-Mahkamah Sivil dan Mahkamah-Mahkamah Syariah bertempat di Dewan Serbaguna, Tingkat 1, Bangunan Mahkamah Besar Brunei dan Mahkamah-Mahkamah Syariah.
Sesi ini bertujuan untuk memberikan penjelasan lanjut serta meningkatkan ketelusan berhubung pelaksanaan Perintah Kanun Tanah (Pindaan), 2025 [LCAO 2025], khususnya berkaitan dengan pegangan dan pemilikan tanah oleh orang bukan rakyat dan golongan tanpa kewarganegaraan (stateless).
Turut hadir ialah Ketua Hakim Syar’ie, Yang Amat Arif / Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Paduka Seri Utama Dato Paduka Seri Setia Haji Awang Salim bin Haji Besar; Yang Arif Pesuruhjaya Kehakiman Haji Abdullah Soefri bin POKSMDSP Hj Abidin; Yang Arif Pesuruhjaya Kehakiman Muhammed Faisal bin PDJLD DSP Haji Kefli; Pemangku Pengarah Jabatan Kehakiman Negara, Yang Mulia Shahminan bin Haji Tengah; serta pegawai-pegawai kanan dan kakitangan Mahkamah-Mahkamah.
