Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita

PENUTUPAN AWAL PERKHIDMATAN KAUNTER PEMBAYARAN BAGI KUTIPAN HASIL MAJLIS UGAMA ISLAM BRUNEI (MUIB)

Dengan penuh hormat sukacita dimaklumkan bahawa berikutan dengan makluman daripada pihak bank TAIB yang mana bersempena dengan Majlis Makan Malam Tahunan Sempena Penubuhan Perbadanan Tabung Amanah Islam Brunei ke-34, cawangan-cawangan TAIB di negara ini akan ditutup awal pada hari Isnin, 28 Rabiulakhir 1447 bersamaan 20 Oktober 2025 iaitu pada pukul 2.00 petang.

Sehubungan dengan itu, waktu perkhidmatan kaunter pembayaran bagi kutipan hasil Majlis Ugama Islam Brunei (MUIB) bagi Mahkamah-Mahkamah Syariah Daerah Brunei dan Muara pada hari Isnin, 28 Rabiulakhir 1447 bersamaan 20 Oktober 2025 adalah dibuka pada sebelah pagi sahaja iaitu:

Jam : 8.00 pagi hingga 11.30 pagi

Waktu perkhidmatan kaunter pembayaran bagi kutipan hasil Majlis Ugama Islam Brunei (MUIB) bagi Mahkamah-Mahkamah Syariah Daerah Tutong dan Dearah Belait pada hari Isnin, 28 Rabiulakhir 1447 bersamaan 20 Oktober 2025 adalah dibuka pada sebelah pagi sahaja iaitu:​

Jam : 8.00 pagi hingga 11.00 pagi

Sekian terima kasih.

Attachments