Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksMengenai Mahkamah Syariah

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan Dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah bertitah pada 15hb Julai 1996 di Istana Nurul Iman mengenai penubuhan Mahkamah-Mahkamah Syariah.

Antara lain Baginda bertitah;

"Dengan rasa keimanan yang bulat terhadap peraturan dan undang-undang Allah, maka Beta telah memperkenankan penubuhan Mahkamah-Mahkamah Syara'iah sehingga ke tahap yang setinggi-tingginya, bagi menangani bukan sahaja pentadbiran undang-undang keluarga, malahan juga di ketika yang sesuai dan munasabah akan juga mengendalikan Qanun Jina'i Islam yakni Islamic Criminal Act selengkapnya, sebagaimana yang dituntut oleh Allah Subhanahu Wata'ala"

- Petikan titah KDYMM pada 15hb Julai 1996 di Istana Nurul Iman

Pada 1hb Muharram 1422H bersamaan dengan 26hb Mac 2001M, satu undang-undang yang dinamakan 'Akta Mahkamah-Mahkamah Syariah, Penggal 184' telah dikuatkuasakan. Ianya mengandungi peruntukan-peruntukan tertentu mengenai penubuhan Mahkamah-Mahkamah Syariah, perlantikan, kuasa-kuasa Hakim Syar'ie dan bidangkuasa Mahkamah-Mahkamah Syariah dan perkara-perkara lain berhubung dengan prosiding di Mahkamah-Mahkamah Syariah dan bagi pensabitan dan pengesahan anak bulan.

Melalui Akta ini, tertubuhlah Mahkamah-Mahkamah Rendah Syariah, Mahkamah Tinggi Syariah dan Mahkamah Rayuan Syariah bagi menggantikan Mahkamah-Mahkamah Kadhi, Mahkamah Kadhi Besar dan Jawatankuasa Kehakiman Majlis Ugama Islam yang terdapat dalam Akta Majlis Ugama Islam dan Mahkamah-Mahkamah Kadhi, Penggal 77 Semakan 1984.

Berikutan penubuhan Mahkamah-Mahkamah Syariah ini, Maka istilah Kadhi juga tidak lagi terpakai. Sebagai gantinya, di Mahkamah Rendah Syariah digunakan istilah Hakim Mahkamah Rendah Syariah. Di peringkat Mahkamah Tinggi Syariah digunakan istilah Hakim Mahkamah Tinggi Syariah dan di peringkat Mahkamah Rayuan Syariah digunakan istilah Ketua Hakim Syar'ie.

Pautan Laman Sesawang Mahkamah Syariah: