Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksGambaran Keseluruhan

Jabatan Kehakiman Negara ditubuhkan pada 1hb Mei 2002 pada menjunjung titah perintah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.

Jabatan Kehakiman Negara ditempatkan dibawah Jabatan Perdana Menteri sebagai sebuah Jabatan penuh dengan diketuai oleh seorang Pengarah. Penubuhan Jabatan Kehakiman Negara berkuatkuasa mulai 18 Safar 1423 bersamaan 1 Mei 2002  sementara peralihan pentadbiran kedua-dua Mahkamah-Mahkamah kepada Jabatan ini akan berkuatkuasa mulai 20 Rabiulakhir 1423 bersamaan 1 Julai 2002.

Jabatan Kehakiman Negara bertanggungjawab bagi hal ehwal pentadbiran serta pengurusan perkhidmatan sokongan, peruntukan dan hal ehwal kewangan kedua-dua Mahkamah Syariah dan Mahkamah Sivil.

Dengan penubuhan Jabatan Kehakiman Negara, Mahkamah-Mahkamah Sivil dan Mahkamah-Mahkamah Syariah akan terus mengekalkan prosedur dan prinsip kehakiman masing-masing sebagaimana yang tertulis dalam Akta-Akta dan Peraturan-Peraturan yang diperuntukkan kecuali hal-hal yang berhubung dengan pentadbiran dan kewangan dikendalikan oleh Jabatan Kehakiman Negara.

Rujukan Surat Keliling Jabatan Perdana Menteri BIL: 6/2002